Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Di riuh engkau berdiri
Satu persatu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus taka terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Kau selongar langit bumi petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi
Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Apa kau cari
Yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjangkan jiwanya
Apa kau cari
Yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Ha..ah..ah..ah..ah..ah....
Apa kau cari yang
Sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjangkan jiwanya
Apa kau nanti
Yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Apa kau cari
Yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjangkan jiwanya
Apa kau nanti
Yang sesungguh-sungguh
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu kau sayu
Kau rindu sama Tuhan
Hayati lah bait-baik lagu ni, sesungguhnya dengan kehidupan kita sekarang penuh dengan onak ranjau sehingga melalaikan kita semua. Hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kenapa hendak dikejar harga dunia? Jalanilah kehidupan dengan sederhana, seimbang dunia dan akhirat. #kembalipadasangpencinta